Come & click me

Monday, November 8, 2010

"Saya ingin menonton filem The Social Network!!"

 Filem Social Network ini adalah satu kisah benar dimana Mark Zuckerberg melahirkan satu fenomena baru yang tidak disangkal lagi sebagai satu kelahiran yang paling memberi signifikan dalam dunia jalinan sosial terhebat abad ini.


Sekiranya Bill Gates terkenal dengan Microsoft, maka Zuckerberg mencantikkan dunia ini dengan Facebook yang mana ianya bermula dengan pelajar-pelajar dari Philip Exeter Academy menggunakan direktori pelajar dan memaparkan Gambar kenangan sebagai panduan graduasi. "Bukan kerana wang penciptaan ini tapi maklumat yang menanti" kata-kata hikmat Mark yang sebati dengan kejayaan Facebook.


Zuckerberg dengan dibantu oleh teman-teman rapat yang memberi semangat untuk penciptaan beliau, mula mengandakan usaha sebagai alat komunikasi pelajar-pelajar dan dikembangkan ke lain-lain kolej.Namun begitu, setiap kejayaan bukan mudah untuk dikecapi, halangan demi halangan menanti baik dari pihak kolej sendiri dan juga dari musuh-musuh dikalangan teman teman sendiri yang tidak suka dengan hasil usaha beliau. Pada mereka kejayaan mesti terus dihalangi dalam apa cara sekalipun.
 Semua halangan ini pastinya memberi suntikan baru dan beliau menemui Peter Thiel yang membantu memberi pelaburan demi kejayaan Facebook. Akhirnya setelah berbagai dugaan dari pihak konglomerat, saman demi saman yang tiba, Mark Zuckerberg dengan rasminya menerima pengguna ke 500 juta pada July 2010. Ianya menandakan dunia tanpa sempadan dan populasi baru dan pastinya Mark Zuckerberg akan dikenang sebagai pencipta terhebat dalam era 'Social Networking' yang menjadi kegilaan dunia internet.








Filem ini diarahkan oleh David Fincher dan penulis skrip Aoron Sorkin dan diadaptasi dari buku ‘The Accidental Billionaires’ oleh Ben Mezrich. Lakonan mantap oleh Jesse Eisenberg, Andrew Garfield, and Justin Timberlake.
 
So, what are you waiting for, lets watch the movie. Happy watching!!!

2 comments: